Saturday 16 March 2013

You have no idea how much i love u..


anakku..dah masuk 1 tahun 2 bulan 19 hari pada hari ini, anak yang ke 4 (bongsu). Lahirnya pada tarikh tsunami 26 disember. Lahirnya tak cukup bulan (35 minggu), Alhamdulillah, sihat tapi ada sedikit jangkitan, kena buat pemantauan kat hospital berterusan sampai sekarang.

Banyak telah aku berkorban masa, tenaga, kesabaran, mental dan segala-galanya untuk menjaganya dari usia 2 minggu dalam kandungan. Semasa kandungan berusia dua minggu, isteri mula mengalami alahan masa mengandung, muntah-muntah..tak boleh makan, tak boleh bau, tak boleh buat kerja, baring..muntah, duduk muntah..sehinggakan muntah-muntah boleh dikatakan selang 5 minit, muntah sekali.Aku terpaksa menjaganya, menjaga lagi 3 orang anak yang sedang bersekolah, makan pakai mereka dan segala-galanya tak dapat ditulis dengan perkataan. Selain dari itu, isteriku mengalami 'bleeding', selalu terjadi, kena masuk hospital sebab 'bleeding' & tekanan darah tinggi sebab tak boleh makan & minum, masuk wad 4-5 kali. Keadaan ini berterusan selama bulan ke 5 atau 6 kandungan. Bayangkan betapa seksanya dia menanggung dan lagi seksa aku yang terpaksa menjaga dia dan anak2 yang lain. Setahu aku, tak pernah ada orang yang mengandung macam isteri aku..

Bila waktu lahir (belum masanya), isteriku banyak turun darah, tapi air ketubannya belum pecah, doktor terpaksa pecahkan kerana takut 'bleeding' blh membahayakan ibu. Akhirnya lahirlah ke dunia, hanya 2.5 kg, kecil, aku boleh mengangkat dengan dua tapak tangan sahaja. Dengan jauh dari keluarga (di TRG), terpaksalah aku menjaga mereka dalam pantang seorang diri, tapi bila lihat baby ditangan, rasa hilang segala penat, seksa selama ini..Bbrp bulan kemudian, dia dimasukkan ke hospital kerana doktor syak ada meningitis, kena buat LB (ambil air tulang belakang), kesiannya tinggal dia kat hospital, bila lihat matanya, aku tak dapat menahan sebak, setiap hari kena ambik darah. Bila cucuk ambil darah, parents kena tunggu kat luar, hanya mampu dengan dia menangis setiap hari (sekali ambil, lebih kurang 1/2 jam), bila dengar dia meraung sampai habis suara, rasa tak boleh tahan..budak kecil, darah mana ada..syukurlah tak ada meningitis, tapi kena buat pemantaun, ultrasound (dah tiga kali), MRI dan jumpa doktor pakar, akhirnya ada jangkitan sikit pada bahagian dalam telinga.

Sekarang dah besar sikit, dah boleh merangkak ( belum berjalan lagi), aku blh bermain dengannya setiap hari, tak sanggup tinggalkan walau 1 malam, tak sanggup lihat dia menangis, tak sanggup lihat dia dalam kesakitan walau sedikit. Aku sangat memanjakannya, ikut semua kemahuannya, setiap balik kerja mesti bawa dukung jalan-jalan, bawak naik moto, bawak dia belajar berjalan, layan dia bermain. Bila aku makan mesti dia mahu duduk atas riba, bila dia susah nak tidur, juga tidurkan atas riba. Isteriku selalu tegur, jangan terlalu manjakan dia..tapi isteriku tidak faham bagaimana perasaan aku, bila aku melihat ke mata anakku..segala-galanya yang aku lalui akan berputar kembali, pengalaman itu, perasaan menanggungnya...barangkali dia tidak memahami, mungkin dunia pun tidak memahami betapa sayangnya aku pada anakku ini...untuk dia aku sanggup melakukan segala-galanya..

Anak..You have no idea, how much i love you..


Monday 4 March 2013

RASA SEDIH...

Tanggal 24 Februari 2013..aku balik ke kampung (TRG). Balik sorang, tinggal famili kat Penang. Tujuannya satu nak bawak balik kereta ke kampung..sebab keta tu dah jarang guna, simpan buat rosak saja. Nak jual sayang pulak, dah repair banyak...lagipun kedai nak ambik dalam RM4k je, beli moto lagi mahal. Lebih baik bawak balik kampung boleh bagi sedara guna..ada sedara tu ibu tunggal, anak ada tiga, boleh mereka guna masa-masa hujan tak la basah kena hujan, maklumlah kat terengganu ni, hujan memanjang..ini lah keretanya..


kereta ok lagi, tak guna lasak, keluaran tahun 2000, meter dalam 130,000 km. Sayang juga rasanya, kereta pertama, banyak jasanya..masa senang dan susah dulu.Kerana sayang la tak jual, rela bagi orang. Nilai harga pasaran mungkin murah, tapi nilai sentimentalnya, emosinya, hubungannya adalah tak ternilai... .sekurang2nya bila bagi orang, boleh la dia berjasa lagi di sisa-sisa usianya.

Kalau difikirkan dalam kehidupan seharian, kenalan-kenalan sekalian, ada segelintir yang bukan sekadar bertukar kereta, ada yang sampai bertukar isteri, cerai, kahwin lain, ada skandal diluar pengetahuan isteri/suami. Begitu mudah, macam mana mereka boleh buat begitu..ada yang kahwin dua kat siam, dah kantoi baru ngaku depan isteri, ada yang dah 4 tahun kahwin rupanya. Ada pula yang ke sana-sini dengan isteri..datang kerja sama, duduk sebelah, makan sama, ke mana-mana bersama je, nampak macam pasangan bahagia, dicemburui oleh orang lain, tapi rupanya ada hubungan dengan orang lain ditempat kerja sama, bila dah kantoi, salahkan isteri sendiri pulak..tak pandai masak la, tak pandai jaga suami la..macam2 lagi.Lepas tu bangga lak dapat kahwin kat siam..macam mana tu?

Aku ni bukan setakat nak tukar isteri, nak tukar kereta pun rasa sayang...macam mana orang lain berfikir? senang je nak tukar isteri, apatah lagi tukar kereta...tak rasa sayang ke? Sedih rasanya nak tinggalkan kereta yang banyak berjasa kat kita, ini kan pula isteri yang sanggup bersama masa susah, lahirkan anak2 kita, yang memasak untuk kita, yang banyak berkorban untuk kita, tak rasa sedih ke??adakah dalam hidup ini, kita adalah paling penting atau kita hidup untuk sesuatu yang lebih penting? Adakah dunia perlu hidup untuk kita atau kita perlu hidup untuk dunia??adakah penting yang kita sayang atau penting yang sayang kita??Adakah mereka ini memang betul atau akukah yang betul? ATAU AKUKAH YANG SALAH BERFIKIR??

Aku pun kurang pasti..apa pun aku rasa sedih meninggalkan kereta itu dan dengan meninggalkannya aku menjadi lebih menghargai barang2 yang masih lagi aku ada..terutamanya isteri aku...sekian saja, aku cuma sekadar berfikir..!