Friday 21 December 2012

Di mana cahaya??

 Di mana cahaya??
aku sering bertanya, aku sering menduga, kecantikannya mempesona, buatku terleka, entah di mana ianya bermula....


Bila pelita itu bernyala
ia muncul sekelip mata
rasa bahang hangat membara
menerangi gelap alam semesta

rasa nyaman sungguh selesa
kala dingin menikam dada
bak kasih bertemu jiwa
bagai pelukan insan bercinta





percikan api menjadi bara
bila dicucuh dengan senjata
marak membakar tiada reda
sehingga habis menjadi sisa


hati resah gundah gulana
dibakar hangus tiba-tiba
meninggalkan jejak tanpa punca
meninggalkan juga parut terluka






percikan hilang dibalik gelita
keindahan itu hanya seketika
kegelapan pula datang menjelma
mencari lagi di mana ia


berikan pedoman atau petua
berikan petunjuk atau tanda 
agar bisa kita menduga
di mana cahaya itu bermula






pada siapa ia bertanya
pada siapa ia bersenda
pada siapa ia berseloka
pada siapa ia berbicara

mungkin pada yang maha Esa, kita dapat cari jawapannya, ataupun ia sudah berada, dalam jiwa setiap kita...mungkin inilah cahaya....ah.. aku cuma sekadar berfikiran terbuka...


Monday 26 November 2012

ANJING YANG SETIA..

Apakah maksudnya "KESETIAAN"..?
Pada masa sekarang ni, kita jadi keliru dengan maksud kesetiaan. Bagaimanakah setia itu yang dimaksudkan? Semakin ramai yang tidak memahaminya..termasuklah kat tempat kerja sendiri. Akhir2 ni banyak pulak skandal2 yang terbongkar...ada 2 ke 3 kes yang terbongkar, kahwin kali kedua tanpa pengetahuan isteri, ada pulak yang sedang rancang nak kahwin dua, ada yang skandal dengan suami/isteri orang dan macam2 lagi skandal. Dulu tak de pun, sekarang ni banyak pulak, jadi apakah maksud kesetiaan tu..?

Mari kita tengok gambar2 ni...

Setiap lebih kurang pukul 7.00 pagi, saya melihat seekor anjing berlari-lari mengikut kereta tuannya, bermula dari ladang malakoff hinggalah ke persimpangan ini..

Sampai di persimpangan ini, kereta bergerak laju, anjing tersebut tak dapat mengikuti kereta tuannya..tapi ia seperti tercari2 ke mana tuannya pergi..(gambar kiri)

Beberapa ketika kemudian, setelah tidak dapat mengesan ke mana arah kereta tuannya pergi, ia pun melangkah pulang dari mana ia datang tadi.(gambar kanan).

Esoknya, pada masa dan ketika yang sama, keadaan yang sama berulang lagi, setiap hari...mungkin inilah maksud KESETIAAN.




Kita sering bercakap tentang kesetiaan, kita mengagumi kesetiaan, kita mengharapkan kesetiaan..tetapi adakah kita memahami jauh di sudut hati kita, apakah makna kesetiaan itu?

Cuba kita fikirkan tentang anjing tersebut..walaupun tidak dapat bercakap tentang kesetiaan..tetapi ia dapat memahami erti sesuatu makna KESETIAAN..

Barangkali kita tidak jelas tentang sesuatu perkara, tidak dapat memahami sesuatu peristiwa, tidak peka tentang sesuatu makna...tetapi jika kita dapat meluangkan sedikit masa untuk berfikir, mungkin kita dapat memahami suatu cebisan pengertiaan dari kehidupan...sekadar berfikir!


Tuesday 23 October 2012

aku mahu hidup...

Walaupun nampak mustahil, macamana pokok sebesar itu boleh tumbuh di atas bumbung, tapi ia tetap hidup dengan suburnya...

aku mahu hidup

Kalaulah kita ada semangat macam pokok tersebut, walaupun berada dalam keadaan sukar, tiada tanah untuk berpijak, tiada sumber air dari tanah hanya mengharapkan hujan, disinari panas terik matahari.. tapi tetap megah berdiri, semakin hari semakin membesar, semakin hari semakin kuat akarnya....
aku mahu hidup (diperbesarkan gambar)







Bayangkan jika ianya adalah manusia...
sudah tentu akan berjaya menghadapi segala ujian dan cabaran, tak mudah berputus asa, tabah mengharungi segala rintangan dan semestinya akan berjaya...bukan kerana peluang, bukan kerana nasib, bukan kerana pertolongan orang lain..
tetapi kerana SEMANGATNYA UNTUK TERUS HIDUP.....selamat berfikir..!

Wednesday 3 October 2012

KOLEKSI BUNGA-BUNGA ORKID..

Balik kampung raya lalu sempat ambik gambar-gambar orkid yang cantik, my Mom suka tanam orkid. Inilah gambar-gambarnya...




Putih di luar, ungu di dalam..
nampak anggun.













Orkid putih..
berada di celah-celah daun pokok buaya.
nampak suci..











Orkid ni warnanya krim..?
ada ke? nampak macam kesunyian gitu..












Rasanya spesis yang sama, tapi bila bunga tu dah tua sikit nampak lebih menonjol.. lebih menarik.




yang ini nampak biasa saja tak menonjol, macam merendah diri.











berwarna putih, berbelang ungu..
nampak lebih serius, jangan buat main..




ini bukan orkid, tapi cantik gambar 2 kuntum bunga seri pagi..menghias diri dengan baik walaupun bunga biasa saja.










yang ini rasanya carnation...kuning, menonjol berada dalam kelas yang tersendiri..




bunga loceng, satu lagi bunga biasa tapi tak mahu kalah dengan kuning carnation..boleh lawan.










ini pun cantik, bunga tak dikenali..macam pokok keladi sungguh bergaya..tapi misteri..!










Akhir sekali bunga senduduk, tidak ditanam, tumbuh terbiar di luar pagar. 
Tidak diberi perhatian, dianggap mudah tapi tahan lasak, tabah dan yang penting sekali tetap cantik.






Itulah sahaja cerita pasar bunga yang ada di rumah ibu saya, cantik, menarik dan ada ciri-ciri tersendiri..walaupun hanyalah bunga-bunga biasa tapi bila dilihat dari sesuatu sudut, pada sesuatu masa dan ketika, dengan perspektif yang berlainan ianya memberi makna yang berbeza...selamat berfikir..


Saturday 21 July 2012

SEKADAR BERFIKIR:  Hari ini kita berpuasamenahan nafsu, lapar dan d...

SEKADAR BERFIKIR:  Hari ini kita berpuasa
menahan nafsu, lapar dan d...
:   Hari ini kita berpuasa menahan nafsu , lapar dan dahaga pedihnya perut aku terasa penatnya pula tidak terkira bukalah mata buk...
 Hari ini kita berpuasa
menahan nafsu, lapar dan dahaga
pedihnya perut aku terasa
penatnya pula tidak terkira

bukalah mata bukalah telinga
lihat pula disekelilingi kita
lapar dahaga di mana-mana
deritanya sungguh tidak terkira





sungguh bertuah nasibnya kita
bila dibanding dengan mereka
kita hanya baru sehari berpuasa
mereka berpuasa sepanjang masa.

wahai sahabat diseluruh dunia
marilah kita bangun semua
bantu mereka sekadar terdaya
moga ramadan membawa makna


selamat berpuasa untuk semua...!!

Sunday 15 July 2012

TIADA GUNUNG YANG TERLALU TINGGI
TIADA LAUT YANG TERLALU LUAS
TIADA JURANG YANG TERLALU DALAM
TIADA BINTANG YANG TERLALU TINGGI
YANG ADA HANYALAH...
BATASAN YANG KITA CIPTAKAN DALAM DIRI
YANG KITA TIDAK CUKUP BAGUS
UNTUK MENCAPAI APA YANG KITA HAJATI...
BERUSAHALAH....
NEVER GIVE UP!

Thursday 12 July 2012

SEKADAR MENULIS
SEKADAR MELINTAS
SEKADAR MENJENGUK...BATAS-BATAS WAKTU YANG BERLALU..

Hai..salam perkenalan...